PERKHIDMATAN KAMI
PERMOHONAN NIKAH
 MAKLUMAT UMUM | PROSEDUR | DOKUMEN | BAYARAN
 
MAKLUMAT UMUM  

Perlaksanaan projek perintis PPKI/PPS bermula berikutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Islam (JKHEI yang ke-30 yang telah diadakan pada 18 Mac 1999. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengatur program taklimat perlaksanaan projek perintis PPKI/PPS di negeri-negeri bertujuan memberi penjelasan lanjut berkaitan denga projek berkenaan.
Perkemba
ngan terkini menunjukkan bahawa sebahagian besar Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) telah mengambil tindakan dengan menubuhkan pusat-pusat berkenaan di negeri-negeri dan melantik fasilitator pusat maklum balas terkini juga menunjukkan bahawa sebahagian negeri telah memulakan operasi pusat sementara sebahagian negeri pula sedang mengambil langkah-langkah yang sewajarnya juga telah dijalankan. Antaranya telah membangun dan menyiapkan 11 modul, menyediakan buku panduan modul dan merancang latihan fasilitator.

Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar Rum: ayat 21 yang bermaksud:

"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu."

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada setiap individu. Setiap pasangan yang ingin mencapai kebahagian perlu mengetahui matlamat sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat yang jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk dan diarahkan dengan baik dan akhirnya akan mengakibatkan kehancuran.

Oleh kerana melalui perkahwinan, umat manusia akan berkembang dan akan terjalin hubungan persaudaraan di antara dua buah keluarga, kita harus berhati-hati dalam melaksanakannya agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Islam telah menggariskan ciri-ciri calon suami atau isteri yang patut dipilih iaitu kerana kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Walau bagaimanapun, Islam menekankan bahawa pemilihan yang paling baik adalah dari kalangan orang yang beragama.

Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam di Negeri Selangor dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Agama Islam Selangor telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin berumahtangga.



PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH

a.         Permohonan Kebenaran Berkahwin

 Definisi :

 * Permohonan Kebenaran Berkahwin:

 Permohonan yang dikemukakan oleh bakal  pengantin lelaki atau perempuan kepada pendaftar nikah, cerai dan rujuk untuk melangsungkan perkahwinan sama ada di negeri Melaka atau negeri  dan negara lain .

 Dokumen Yang Diperlukan Adalah Seperti Berikut:

i.                     2 salinan kad  pengenalan pemohon dan pasangan

                  (Dibesarkan dalam 150% dan dalam satu muka surat)

ii.          Borang permohonan berkahwin ( Borang 1 ) yang lengkap

iii.         2 salinan Surat Akuan Bujang daripada Majikan jika bekerja atau Surat Pengesahan Status Diri daripada Sidang/JKKK/ Pengerusi Masjid sekiranya tidak bekerja (borang boleh diambil di Pejabat Agama Daerah)

iv.         Surat Pemastautin jika alamat kad pengenalan berbeza dengan alamat sekarang (borang boleh diambil di Pejabat Agama Daerah)

v.                   2 salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan / Temuduga JAIM

vi.                 2 salinan Sijil Nikah Ibu Bapa dan Sijil Kelahiran pemohon jika anak perempuan yang pertama

vii.                Keputusan ujian pemeriksaan kesihatan HIV

viii.              Surat kebenaran daripada pihak lelaki bagi pernikahan di kariah perempuan

 Berserta Dokumen Berikut ( Pilih Mana-Mana Yang Berkaitan) :

 Tentera

·          Surat Kebenaran Tentera ( BAT D 193) dan salinan

 
Polis

·          Surat Kebenaran Ketua Polis Daerah/IPK dan salinan

 Penduduk Tetap

·          Pengesahan kad pengenalan daripada Jabatan Pendaftaran Negara

(Surat sokongan akan dikeluarkan oleh Pejabat Agama untuk dibawa ke JPN)

 

Janda / Balu / Duda

·          Sijil Perakuan Cerai dan salinan

·          Salinan Sijil Temuduga JAIM

·          Salinan Sijil Mati dan Sijil Nikah atau Surat Beranak Anak ( Balu/ Duda )

 

Wali Hakim, Poligami Dan Nikah Bawah Umur

·          Perintah bertulis daripada  Mahkamah Syariah

 

Perkahwinan Luar Negara

·          Salinan pasport yang sah ( pemohon dan pasangan)

 

 Bayaran Yang Dikenakan

 

RM 5.00

 

b.         Pendaftaran Nikah

 Definisi :

 * Pendaftaran Nikah:

 Permohonan yang dikemukakan kepada PNCR oleh Penolong Pendaftar Nikah(Imam/ Jurunikah) untuk mendaftarkan pernikahan yang dijalankan di negeri Melaka.

 Dokumen Yang Diperlukan Adalah Seperti Berikut :

 i.                     Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan

            (Dibesarkan dalam 150% dan dalam satu muka surat)

 ii.          Borang Permohonan Berkahwin (Borang 1) yang lengkap

 iii.         Borang Nikah ( Borang 4 ) yang lengkap

iv.         Surat Akuan Bujang daripada Majikan jika bekerja atau Surat Pengesahan             Status Diri daripada Sidang/JKKK/ Pengerusi Masjid sekiranya tidak bekerja

v.                   Surat Pemastautin daripada Sidang/JKKK/ Pengerusi Masjid jika alamat kad pengenalan berbeza dengan alamat sekarang

vi.                 Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan / Temuduga JAIM

vii.                Salinan Sijil Nikah Ibu Bapa dan Sijil Kelahiran pemohon jika anak perempuan        yang pertama

viii.              Keputusan ujian pemeriksaan kesihatan HIV

ix.                 Kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Daerah bagi pemohon        dan       pasangan

x.                   Gambar Lelaki ( Bersongkok) dan Perempuan ( Bertudung)

Berserta Dokumen Berikut ( Pilih Mana-Mana Yang Berkaitan) :

 Tentera

·          Surat Kebenaran tentera (BAT D 193)

Polis

·          Surat Kebenaran Ketua Polis Daerah/IPK

 Penduduk Tetap

·          Pengesahan Kad Pengenalan Dari Jabatan Pendaftaran Negara

 Janda / Balu / Duda 

·          Sijil Cerai Asal

·          Salinan Sijil Temuduga JAIM

·          Salinan Sijil Mati Dan Sijil Nikah atau Surat Beranak Anak ( Balu/ Duda )

 Wali Hakim, Poligami Dan Nikah Bawah Umur

·          Perintah bertulis daripada  Mahkamah Syariah

 Bayaran Yang Dikenakan

 RM 40.00 (RM 10.00 - Sijil+RM 30.00 -Kad Akuan Nikah)

 C.         Pendaftaran Nikah Terdahulu

Definisi :

 * Pendaftaran Nikah Terdahulu:

 Pendaftaran sukarela perkahwinan  orang Islam yang diakadnikahkan dahulunya di bawah mana-mana enakmen.

 Dokumen Yang Diperlukan Adalah Seperti Berikut :

         i.            Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan

                  (Dibesarkan dalam 150% dan dalam satu muka surat)

       ii.            Salinan pasport pemohon dan pasangan

      iii.            Perakuan Nikah yang asal dan salinan                             

     iv.            Perakuan Nikah yang diperakui sah dan salinan

       v.            Terjemahan Perakuan Nikah dan salinan*

     vi.            Sijil yang disahkan oleh Kedutaan / Konsul Jabatan Penuntut Malaysia atau lain-lain dan salinan

    vii.            Lafaz  ta’lik suami         

  viii.            Sijil kelahiran anak dan salinan *                                                

     ix.            Gambar majlis akad perkahwinan

       x.            Perakuan Kematian suami / isteri atau Perakuan Perceraian dan salinan

     xi.            Dokumen Memeluk Islam*

    xii.            Surat Akuan Sumpah Pasangan Telah Melangsungkan Nikah                                 

( * )  : sekiranya berkaitan

 

Bayaran Yang Dikenakan

RM 20.00

 Catatan :

 a.       Pemohon, pasangan dan saksi akan dipanggil untuk siasatan pernikahan.

b.       Sekiranya Pendaftar berpuashati dengan pernikahan, pernikahan boleh didaftarkan.

c.       Sekiranya tidak berpuashati, pemohon diminta untuk membuat pengiktirafan nikah di Mahkamah.

 

d.         Pendaftaran Pernikahan Luar Negara Dengan Kebenaran

           

Definisi:

Pendaftaran Pernikahan luar negara oleh orang-orang yang bermastautin di dalam negeri Melaka, pendaftaran itu hendaklah dilakukan dalam tempoh enam bulan dari tarikh pasangan itu kembali ke negeri Melaka.

Dokumen Yang Diperlukan Adalah Seperti Berikut :

Dokumen Wajib

i.                     Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan

            (Dibesarkan dalam 150% dan dalam satu muka surat)                                         

ii.                   Sijil Nikah Asal dan Salinan                                                                    

iii.                  Salinan Pasport Antarabangsa Suami ( Bukti perjalanan )                         

iv.                 Salinan Pasport Antarabangsa Isteri         ( Bukti perjalanan )                               

v.                   Surat Kebenaran Nikah Luar Negara                                                       

vi.                 Surat Kebenaran Poligami *

vii.                Surat Pengesahan Kedutaan/ Pesuruhjaya Tinggi                                     

viii.              Surat Akuan Sumpah

ix.                 Terjemahan Sijil Nikah *

(Hanya yang diperakui oleh kedutaan/ pihak yang diiktiraf)                                  

x.                   Dokumen Memeluk Islam *                                                                                            

 

Dokumen Sokongan *

   i.                  Surat keterangan wali                                                                

 ii.                  Surat keterangan wali hakim                                                                  

iii.                  Surat keterangan jurunikah                                                                    

iv.                  Surat keterangan saksi akad nikah                                                         

 v.                  Wakalah wali / wali hakim                                                                      

vi.                  Gambar majlis akad nikah                                                                     

vii.                  Sijil kelahiran anak                                                                                                       

 ( * ) Bermaksud jika berkaitan

BAYARAN YANG DIKENAKAN

 

 

RM 80.00

e.         Pendaftaran Pernikahan Luar Negara Tanpa Kebenaran

Definisi:

Pendaftaran Pernikahan luar negara

Pendaftaran Pernikahan luar negara oleh orang-orang yang bermastautin di dalam negeri Melaka yang melangsungkan pernikahan tanpa mendapat kebenaran berkahwin terlebih dahulu daripada Pendaftar Nikah Cerai Rujuk. pendaftaran itu hendaklah dilakukan dalam tempoh enam bulan dari tearikh pasangan itu kembali ke negeri Melaka.

Dokumen Yang Diperlukan Adalah Seperti Berikut :

Dokumen Wajib

i.          Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan

            (dibesarkan dalam 150% dan dalam satu muka surat)                                          

ii.          Sijil Nikah Asal dan Salinan                                                                    

iii.         Salinan Pasport Antarabangsa Suami (Bukti perjalanan)                                       

iv.         Salinan Pasport Antarabangsa Isteri         (Bukti perjalanan)                                 

   i.                  Surat Akuan Sumpah     

 ii.                  Surat Pengesahan Kedutaan/ Pesuruhjaya Tinggi                         

vii.        Terjemahan Sijil Nikah

            (Hanya yang diperakui oleh kedutaan/ pihak yang diiktiraf)

viii.       Dokumen Memeluk Islam *

ix.         Sijil Nikah Isteri Pertama / dan lain *

x.       Pengesahan Status Perkahwinan

Pemohon hendaklah bermastautin di Melaka berdasarkan :

·          Alamat Kad Pengenalan atau                                                                  

·          Pengesahan Sidang atau                                                                        

·          Pengesahan Majikan                                                                              

 

Dokumen Sokongan

   i.                  Surat keterangan wali                                                                            

 ii.                  Surat keterangan wali hakim                                                                  

iii.                  Surat keterangan jurunikah                                                                    

iv.                  Surat keterangan saksi akad nikah                                                         

 v.                  Maklumat sokongan perjalanan

vi.                  Wakalah wali / wali hakim                                                                                  

vii.                  Gambar majlis akad nikah         

viii.                  Sijil kelahiran anak                                                                                

 ( * ) bermaksud jika berkaitan

Bayaran Yang Dikenakan

RM 80.00

 f.          Wakalah Wali

Dokumen Yang Diperlukan Adalah Seperti Berikut :

          i.            Salinan kad pengenalan pemohon

       ii.            Salinan kad pengenalan wali dan alamatnya

      iii.            Salinan sijil kelahiran (Jika pemohon anak pertama)

     iv.            Salinan sijil nikah ibu bapa pemohon

       v.            Maklumat jurunikah/ wakil ( Nama, Jawatan dan Nama Kariah )

     vi.            Maklumat bakal suami  ( Nama, No. KP dan Alamat Serta Salinan Kad Pengenalan.

    vii.            Dokumen-dokumen sokongan lain (Jika ada)

 

Catatan

·          Borang wakalah hendaklah dilafazkan dan disempurnakan oleh wali di hadapan mana-mana Pendaftar Nikah dan dicop dengan cop rasmi jawatan

·          Saksi wakalah sebaiknya hendaklah terdiri daripada waris terdekat seperti bapa saudara, adik beradik dan sebagainya.

·          Tiada bayaran dikenakan

·          Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurang lebih awal sebulan.

g.         Siasatan Wali Hakim

Dokumen Yang Diperlukan Adalah Seperti Berikut : 

 

   i.                  Salinan kad pengenalan pemohon

 ii.                  Seorang saksi dan salinan kad pengenalan.

iii.                  Salinan Sijil Kelahiran pemohon

iv.                  Salinan sijil nikah ibu bapa pemohon

 v.                  Dokumen-dokumen sokongan lain (Jika ada)

 Catatan

a.       Permohonan wali hakim boleh dikategorikan kepada perkara berikut:

                     i.            Wali tiada, langsung tiada wali nasab untuk anak tak sah taraf dan wali meninggal dan tiada wali lain( pemohon perlu membuktikan wali telah tiada melalui keterangan dokumen dan saksi)

                   ii.            Wali ghaib ( pemohon perlu memberikan keterangan saksi bahawa wali telah ghaib )

                  iii.            Wali engkar ( pemohon perlu memberikan alamat lengkap wali untuk dihubungi)

b.       Saksi yang memberi keterangan sebaiknya hendaklah terdiri daripada waris terdekat seperti bapa saudara, adik beradik dan sebagainya.

c.    Tiada bayaran dikenakan

h.         Temuduga Perkahwinan Bagi Teruna / Dara Berumur 35 Tahun Ke Atas/ Janda/Balu,/ Duda/ Pernikahan Tergempar/ Pernikahan Bermasalah

Definisi :

* Temuduga Perkahwinan;

Merupakan proses menemubual mengenai perkara-perkara asas Fardhu Ain dan Munakahat  kepada janda, duda, balu kes poligami dan teruna dara yang berumur 35 tahun ke ats serta pernikahan tergempar.

Dokumen Yang Diperlukan Adalah Seperti Berikut :

   i.                  Salinan Kad Pengenalan

 ii.                  Salinan Sijil Perakuan Cerai ( Bagi janda/ duda yang bercerai hidup)

iii.                  Salinan Sijil Mati Pasangan dan Sijil Nikah atau Surat Beranak Anak (Bagi balu / duda yang bercerai mati)

iv.                  Salinan surat kebenaran poligami daripada Mahkamah Syariah

 v.                  Surat pengesahan status diri daripada Imam Kariah/ Majikan bagi teruna / dara yang berumur lebih 35 tahun

vi.                  Surat Sokongan Pegawai Tadbir Agama Daerah bagi pernikahan tergempar / bermasalah

vii.                  Salinan resit bayaran Kursus Praperkahwinan bagi pernikahan bermasalah / tergempar

 

Bayaran Yang Dikenakan

RM 50.00

Catatan

i.                        Permohonan temuduga hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan dan tidak lewat 1 minggu sebelum tarikh perkahwinan.

ii.                        Sijil Perakuan Temuduga hanya akan dikeluarkan kepada calon yang lulus sahaja.

iii.                        Tempoh sah laku Sijil Perakuan Temuduga adalah setahun bermula dari tarikh ianya dikeluarkan.

iv.                        Sijil Perakuan temuduga hanya boleh digunakan untuk 1 kali permohonan pernikahan sahaja.

i.          Ujian Pemeriksaan Kesihatan HIV

Ujian Pemeriksaan Kesihatan HIV ini tertakluk kepada individu seperti berikut :

   i.                  Setiap individu (Lelaki/ Perempuan) Negeri Melaka yang ingin memohon kebenaran bernikah di dalam dan luar Negeri Melaka.

 ii.                  Setiap individu (Lelaki/ Perempuan) dari negeri lain yang ingin memohon kebenaran bernikah di Negeri Melaka

iii.                  Setiap individu (Lelaki/ Perempuan) yang berkahwin di luar Negara  yang ingin mendaftarkan perkahwinan di Negeri Melaka.

 

Bayaran Yang Dikenakan

Borang pemeriksaan kesihatan boleh didapati di Pejabat Agama Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin dengan bayaran RM 5.00. Klinik Kesihatan tidak akan mengenakan sebarang bayaran lagi bagi tujuan tersebut.

 

Catatan

   i.                  Ujian pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di semua Poliklinik Kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia di Negeri Melaka. (Senarai klinik adalah seperti di bawah)

 ii.                  Jabatan Agama Islam tidak menerima keputusan ujian yang diperolehi dari klinik swasta atau menggunakan borang yang difotostat.

iii.                  Keputusan ujian adalah SULIT dan sampul surat bagi ujian tersebut hanya boleh dibuka oleh Jabatan Agama Islam Melaka.

UJIAN PEMERIKSAAN KESIHATAN HIV BOLEH

DIJALANKAN DI POLIKLINIK-POLIKLINIK BERIKUT

Klinik

No. Telefon

Daerah Melaka Tengah

 

 

 

Poliklinik Komuniti Ibu & Anak, Bukit Baru

06- 2823760

Poliklinik Komuniti Peringgit

06- 2882344

Poliklinik Komuniti Ayer Keroh

06- 2312344

Poliklinik Komuniti Jalan Gereja

06- 2824452

Poliklinik Komuniti Jalan Tengkera

06- 2820170

Poliklinik Komuniti Ujong Pasir

06- 2867333

Poliklinik Komuniti Klebang Besar

06- 3154144

Poliklinik Komuniti Bukit Rambai

06- 3512464

Poliklinik Komuniti Cheng

06- 3123333

Poliklinik Komuniti Ayer  Molek

06- 2680333

Poliklinik Komuniti Tanjung Kling

06- 3511333

Poliklinik Komuniti Sungai Udang

06- 3512333

 

 

Daerah Alor Gajah

 

 

 

Poliklinik Komuniti Alor Gajah

06- 5566235

Poliklinik Komuniti Alor Gajah (Jab. Pesakit Luar )

06- 5562333

Poliklinik Komuniti Masjid Tanah

06- 3842533

Poliklinik Komuniti Machap Baru

06- 5252333

Poliklinik Komuniti Padang Sebang

06- 5547932

Poliklinik Komuniti Lubok China

06- 6966475

Poliklinik Komuniti Kuala Sungai Baru

06- 3876333

Poliklinik Komuniti Durian Tunggal

06- 5531133

Poliklinik Komuniti Simpang Ampat

06- 5529497

Poliklinik Komuniti Hutan Percha

06- 5548224

 

 

Daerah Jasin

 

 

 

Poliklinik Komuniti Jasin

06- 5292333

Poliklinik Komuniti Jasin (Jab. Pesakit Luar )

06- 5294636

Poliklinik Komuniti Merlimau

06- 2631533

Poliklinik Komuniti Umbai

06- 2615610

Poliklinik Komuniti Selandar

06- 5251495

Poliklinik Komuniti Simpang Bekoh

06- 5236033

Poliklinik Komuniti Sungai Rambai

06- 2659526

Poliklinik Komuniti Kemendor

06- 5293330



DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

SALINAN KAD PENGENALAN PEMOHON DAN PASANGAN

BORANG PERMOHONAN BERKAHWIN YANG LENGKAP. [ BORANG 1 ]

BORANG NIKAH YANG LENGKAP. [ BORANG 4 ]

SURAT AKUAN BUJANG MAJIKAN ( BEKERJA ) ATAU SURAT

AKUAN BUJANG DARI SIDANG / JKKK ( TIDAK BEKERJA )

BUKTI MASTAUTIN BERDASARKAN ALAMAT KAD PENGENALAN ATAU SURAT AKUAN DARI SIDANG / JKKK

SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN / TEMUDUGA JAIM

GAMBAR LELAKI ( BERSONGKOK ) DAN PEREMPUAN ( BERTUDUNG )

ASKAR : SURAT KEBENARAN TENTERA ( BAT D 193 )

POLIS : SURAT KEBENARAN KETUA POLIS DAERAH / IPK

PENDUDUK TETAP : PENGESAHAN KAD PENGENALAN DARI JABATAN PENDAFTARAN

JANDA/BALU/DUDA : SIJIL CERAI ASAL, SALINAN SIJIL TEMUDUGA JAIM, SALINAN SIJIL MATI DAN SIJIL NIKAH ( BALU )

WALI HAKIM/POLIGAMI/BAWAH UMUR : KEBENARAN MAHKAMAH ASAL



BAYARAN YANG DIKENAKAN

RM 30.00


CATATAN

Pendaftaran pernikahan biasanya dibuat oleh Imam Kariah di mana pernikahan dijalankan

Setiap pasangan suami isteri mestilah mempunyai surat kebenaran untuk bernikah. Pasangan dari Melaka mesti mempunyai kebenaran berkahwin dari mana-mana Pejabat Agama Daerah di Melaka. Pasangan dari negeri lain juga perlu mempunyai kebenaran bernikah dari Pejabat Agama Daerah berkaitan.