PERKHIDMATAN KAMI
PERMOHONAN SIJIL DAN LOGO HALAL
  PENGENALAN | KADAR CAJ BAYARAN | PROSEDUR PERMOHONAN



PENGENALAN
 

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan dan Logo Halal kepada penguasa produk makanan dan barang gunaan orang Islam, premis makanan dan rumah sembelih.

Pengeluaran Sijil Pengesahan dan Logo Halal ini adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Garis Panduan Makan, Minuman dan Barang Gunaan Orang Islam, Garis Panduan Penyembelihan dan Stunning Menurut Islam dan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Kategori Pengesahan Halal yang diberikan ialah :

  • Produk Makanan dan Barang Gunaan Islam.

  • Premis Makanan dan Minuman

  • Rumah Sembelihan


SIAPA YANG LAYAK MEMOHON  

Semua pengusaha produk makanan dan rumah sembelihan yang memenuhi kriteria Halal seperti yang digariskan dalam Garis Panduan Makanan, Minuman dan Barang Gunaan Orang Islam, Garis Panduan Penyembelihan dan Stunning menurut Islam dan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia bolehlah membuat permohonan Sijil Pengesahan Halal, JAIM.



KADAR CAJ BAYARAN PERMOHONAN HALAL
 

A) Kadar Caj Bagi Kilang / Industri Yang Mengeluarkan Produk Makanan dan Barang Gunaan Islam

Industri Kecil
Industri Kecil & Sederhana
Industri Multi Nasional
RM 200.00
RM 800.00
RM 1,400.00

B) Kadar Caj Bagi Rumah Sembelihan

Premis Kecil
Premis Sederhana
Premis Besar
RM 200.00
RM 800.00
RM 1,400.00

C) Kadar Caj Bagi Premis Makanan dan Minuman

Restoran Tunggal
Hotel
RM 200.00
(bagi setiap unit premis)
RM 200.00
(bagi setiap dapur)



PROSEDUR PENSIJILAN HALAL
 

Penerimaan borang. [ Borang A ]

Penentuan kadar caj perkhidmatan

Lawatan pemeriksaan di premis

Menyediakan laporan pemeriksaan

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal

Kelulusan. [ Contoh Sijil ]


KELULUSAN  

Pengusaha yang mendapat Sijil Pengesahan Halal perlu mempamerkan Sijil Pengesahan Halal yang asal dan penggunaan Logo Halal bolehlah dipakai pada produk dan premis yang dibenarkan.

Setiap Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan oleh JAIM adalah sahlaku bagi tempoh dua (2) tahun.


PEMBAHARUAN SIJIL  

Sebarang permohonan pembaharuan sijil hendaklah diterima sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat sijil sedia ada.


LAWATAN PEMANTAUAN  

Pemegang Sijil adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa penyalahgunaan atau penyelewengan Sijil tersebut tertakluk kepada undang-undang yang berkuasa.

Lawatan pemantauan ke premis pemegang Sijil dan Logo Halal akan diadakan dari masa ke semasa bagi memastikan Garis Panduan dan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia sentiasa dipenuhi.


MEMOHON SIJIL HALAL ?  

Bagi mereka yang ingin memohon Sijil Pengesahan Halal, JAIM, permohonan bolehlah dibuat kepada JAIM dengan melengkapkan borang yang boleh didapati di alamat berikut :

JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA
BAHAGIAN PENYELIDIKAN
No. 43-1, 43-2, 45-1 dan 45-2 Jalan KPAA 2,                                                                                                          Kompleks Perniagaan Al-Azim, 75150 Jalan Bukit Baru, Melaka

06-2882275 / 06-2882369
06-2882353