MAKLUMAT BAHAGIAN
Khidmat Pengurusan :: Pendidikan :: Undang-Undang Keluarga Islam :: Dakwah :: Penguatkuasaan
 
Pendakwaan :: Penyelidikan :: Pengurusan Masjid :: Pejabat Agama Daerah Jasin :: Pejabat Agama Daerah


BAHAGIAN PENDIDIKAN                                                 

MAKLUMAT UTAMA
Nama Bahagian
Bahagian Pendidikan
Ketua Bahagian
Tn. Hj. Haris Bin Mahat
Ketua Penolong Pengarah
Alamat Bahagian
No. 43-1, 43-2, 45-1 dan 45-2 Jalan KPAA 2, Kompleks Perniagaan Al-Azim, 75150 Jalan Bukit Baru, Melaka
Telefon
06-2882040 / 41
Faks
06-2827916

OBJEKTIF BAHAGIAN

  • Menyediakan sistem pendidikan agama yang dapat melahirkan ummah yang bertakwa dan berakhlak mulia.

  • Sektor Pengurusan Sekolah
      Mengujudkan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah agama negeri yang sistematik, kondusif dan berkesan.
  • Sektor Pengurusan Akademik
      Membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran yang ada dalam kurikulum JAIM, Kurikulum Bersepadu Sek. Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.
      Mempertingkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam semua peperiksaan yang dikendalikan oleh JAIM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  • Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
      Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
      Mewujudkan suasana asrama yang kondusif.
      Membentuk pelajar-pelajar yang berketerampilan dalam bidang kokurikulum.
      Mewujudkan sistem pengurusan pelajar yang teratur dan berkesan.
      Melahirkan anggota perkhidmatan pendidikan yang cemerlang.
  • Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan
      Mewujudkan sistem pentadbiran, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia dilaksanakan dengan cekap dan teratur..



FUNGSI BAHAGIAN

  • Sektor Pengurusan Sekolah
      Merancang, menyelaras dan memantau institusi pendidikan agama negeri.
      Menyelaras keperluan guru, kelas dan peralatan sekolah.
      Menguruskan permohonan pendaftaran sekolah agama swasta.
      Menguatkuasakan Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Melaka.
      Menyelaras pentadbiran dan aktiviti PIBG dan LEKAS.
      Menyelaras pengurusan pentadbiran dan kewangan sekolah-sekolah agama negeri.
      Menyelaras peraturan sekolah dan displin pelajar.
      Mengadakan kursus asas guru-guru sekolah agama.
      Menguruskan penempatan dan pertukaran guru-guru sekolah agama.

  • Sektor Pengurusan Akademik
      Menyedia dan mengemaskini kurikulum sekolah agama negeri.
      Memantau perlaksanaan kurikulum yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
      Menguruskan peperiksaan di bawah kurikulum agama.
      Menyelaras urusan peperiksaan kurikulum akademik.
      Menyelia proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.
      Menyelia pengurusan pusat sumber sekolah.
      Merancang dan melaksanakan latihan guru-guru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
      Menyediakan dan mengemaskini senarai buku teks kurikulum agama dan akademik.
      Merancang dan menyelaras program kecemerlangan pelajar.

  • Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
      Mengurus perkara berkaitan hal ehwal murid dan pelajar merangkumi urusan pengambilan pelajar baru, pertukaran sekolah, disiplin, bimbingan dan kaunseling, kesihatan, kebajikan, biasiswa dan asrama.
      Mengurus hal ehwal berkaitan aktiviti ko-kurikulum merangkumi persatuan pelajar, pasukan pakaian seragam dan sukan serta menyelaras kursus untuk kecemerlangan pembelajaran dan kepimpinan pelajar.
      Merancang, menyelaras dan mengurus kursus dan latihan untuk guru-guru dan bukan guru.
      Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan peraturan sekolah dan asrama.
      Mengurus perlantikan kontraktor membekal makanan bermasak asrama dan kantin sekolah serta menyelia dan memantau pembekalan makanan bermasak asrama dan kantin sekolah.
      Memantau dan menyelaras keperluan peralatan dan kemudahan asrama.
      Merancang dan menyelaras pengurusan SPBT akademik dan arab sekolah menengah dan rendah arab.

  • Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan
      Urusetia mesyuarat Ketua Sektor dan Jawatankuasa Pendidikan MAIM.
      Mengurus pentadbiran pejabat, surat dan fail bahagian.
      Menyelaras penyediaan belanjawan tahunan Bahagian Pendidikan.
      Menguruskan perbelanjaan peruntukan mengikut peraturan yang ditetapkan.
      Merancang dan menyelaras pelaksanaan projek-projek baru dan pembaikan bangunan sekolah.
      Menyelaras dan mengurus pengambilan guru dan bukan guru bertaraf kontrak atau sambilan.
      Menguruskan hal ehwal perkhidmatan kakitangan bahagian.
      Menyedia dan mengemaskini maklumat asas bahagian.



PIAGAM PELANGGAN

  • Segala surat, aduan dan rayuan kepada Bahagian ini diberi layanan dalam masa 7 hari.
  • Pembelajaran dan pengajaran pelajar-pelajar yang layak dan diterima mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan.
  • Semua pelajar mengikut kurikulum yang diperakukan oleh JAIM dalam tempoh sesi pengajian tahunan.
  • Sekurang-kurangnya 80% pelajar lulus dalam tempoh 21 hari dari tarikh permohonan yang diterima dari sekolah.
  • Lawatan dan pemantauan setiap Sekolah Agama JAIM dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
  • Semua pelajar mendapat bekalan buku teks/buku sumber selewat-lewatnya 30 hari dari tarikh sesi sekolah bermula.