AKTIVITI
 SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 1427H/2006 M .                                                                                                      

Sambutan  Maal  Hijrah bagi tahun 1427H Peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 30 Januari 2006 bersamaan 30 Zulhijjah 1427H bertempat di Masjid Al Azim, Melaka. Pelbagai acara dan program telah di isi untuk Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini. Tema sambutan pada tahun ini  ialah KEUNGGULAN ILMU TERAS KEGEMILANGAN UMMAH. Majlis bermula pada pukul 5.30 petang dengan ketibaan para jemputan dan dianggarkan seramai 3000 jemaah yang hadir dalam majlis yang di adakan pada malam tersebut.

 

 

 

 

Majlis telah dihadiri oleh TYT Yang Di Pertua Negeri  Melaka serta isteri Y.A.Bhg Toh Puan Dato’ Datin Seri Utama Zurina bte Kassim bersama YAB Ketua Menteri Melaka serta isteri Y.A.Bhg Datin Seri Datuk Wira Hjh Asmah bte Abdul Rahman dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan dan masyarakat Islam Negeri Melaka. Majlis bermula  pada sebelah petang sejurus sahaja ketibaan VVIP/VIP dengan bacaan Yaasin dan Tahlil serta bacaan Doa Akhir Tahun dan disusuli dengan bacaan Doa Awal Tahun selepas sahaja selesai solat maghrib. Majlis telah di serikan dengan “Kumpulan Nazam” yang terdiri daripada Persatuan Sidang-sidang Parlimen Kota dan di ketuai oleh Ustaz Abd Rasyid Abd Rahman. Bagi memberkati perjalanan sambutan ini YBhg. S.S Datuk Wira Haji Rashid Redza Haji Md. Salleh, Mufti Negeri Melaka dijemput untuk membacakan doa. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada pengerusi Jawatankuasa Besar Sambutan Maal Hijrah Tahun 1427H/2006M di susuli dengan ucapan daripada Y.A.B. Ketua Menteri Melaka dan seterusnya ucapan Perasmian oleh TYT Yang di- Pertua Negeri Melaka. 

Seterusnya, acara kemuncak bagi majlis Sambutan Maal Hijrah ini adalah penyampaian Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka yang telah disampaikan oleh TYT Yang di- Pertua Negeri Melaka.

Untuk sambutan pada tahun 1427H/2006M, sebanyak 9 pencalonan telah dianugerahkan sebagai Tokoh seperti mana berikut:-

 

1.     Anugerah Tokoh Maal Hijrah                                -  Tan Sri Datuk Wira Haji Aziz Tapa

    2.     Anugerah Tokoh Belia                                       -  En. Mohd Faizal bin Mohd Hashim

    3.     Anugerah Tokoh Pentadbir Masjid                   -  En Rahim bin Harun

    4.     Anugerah Tokoh Perkhidmatan Awam            -  Tn. Hj. Bakar bin Hj Abdullah

    5.     Anugerah Tokoh Penggerak Masyarakat        -  En. Muhamad bin Wahab

    6.     Anugerah Tokoh Pegawai Syarak                   -  En. Abd Razak bin Solhan

    7.     Anugerah Tokoh Saudara Kita                         -  Pn. Marisah bte Abdullah

    8.     Anugerah Tokoh Keluarga Bahagia                 -  Tuan Hj Hamzah bin Kedam

    9.     Anegerah Tokoh Ibu Mithali                             -  Pn. Aisha bte Tamby Chik

 

    Sambutan Maal Hijrah Tahun 1427H/2006M pada kali ini  menyediakan hadiah berupa

    Wang tunai serta sijil penghargaan,hadiah-hadiah tersebut ialah :-

 

1. Tokoh Maal Hijrah                             : RM 3000.00 + Plug + sijil penghargaan +    

                                                                      Sepersalinan

 2. Tokoh Belia                                       : RM   750.00 + Sijil penghargaan + sepersalinan

 3. Tokoh Pentadbir Masjid                    : RM   750.00 + Sijil penghargaan + sepersalinan

 4. Tokoh Perkhidmatan Awam              : RM   750.00 + Sijil penghargaan + sepersalinan

 5. Tokoh Penggerak Masyarakat          : RM   750.00 + Sijil penghargaan + sepersalinan

 6. Tokoh Pegawai Syarak                     : RM   750.00 + Sijil penghargaan + sepersalinan

 7. Tokoh Saudara Kita                           : RM   750.00 + Sijil penghargaan + sepersalinan

 8. Tokoh Keluarga Bahagia                   : RM   750.00 + Sijil penghargaan + sepersalinan

 9. Tokoh Ibu Mithali                               : RM   750.00 + Sijil penghargaan + sepersalinan

 

Pada malam itu juga diadakan penyampaian hadiah Pertandingan Pentadbiran dan Keceriaan Masjid Peringkat Negeri Melaka:-

 

Johan    - Masjid  Taman Maju, Jasin Melaka                                                                                               (RM 3000.00 +  Sijil Penghargaan + Plug) 

Naib Johan     - Masjid Kandang, Melaka.

                        (RM 2000.00 + Sijil Penghargaan + Plug)

 

Ketiga            - Masjid Kelemak, Alor Gajah, Melaka.

                         (RM 1000.00 + Sijil Penghargaan + Plug)

 

Di samping itu, penyampaian hadiah pertandingan keceriaan SRA JAIM  turut disampaikan terdiri daripada  2 kategori iaitu :-

 

1.     KATEGORI BANGUNAN  SRA JAIM

 

Sekolah Rendah Agama JAIM Pulau Sebang, Melaka.

( RM 1000.00 + Sijil Penghargaan + Plug)

 

2.      KATEGORI BANGUNAN SRA JAIM GUNASAMA DENGAN KEMENTERIAN PELAJARAN

 

Sekolah Rendah Agama JAIM Air Pa’bas, Jasin Melaka.

( RM 1000.00 + Sijil Penghargaan + Plug)

Atur cara sambutan adalah seperti berikut:

 

A)    Forum Perdana Ehwal Islam

 

Forum Perdana Ehwal Islam sempena Sambutan Maal Hijrah telah diadakan pada 4 Feb, 2006 bermula jam 8.30 malam di Bandaraya Mall  MBMB Ayer Keroh, Melaka.  Penal forum terdiri daripada Yang Berbahagia Dato’ Dr Hj Mohd Fadzillah b. Hj Kamsah, Ustazah Siti Norbahiyah  bte Mahmood, Ust Farid Ravi bin Abdullah, Ust Shahrin bin Md Jamaluddin dari JAKIM  sebagai Pengerusi  Forum. Forum tersebut merupakan anjuran JAIM, RKSK, JASA, MAIM dan  PUSPANITA.

 

B)     Forum Perdana Ehwal Islam Peringkat Daerah Alor Gajah

 

Forum Perdana Ehwal Islam telah diadakan pada 16 Feb, 2006 di Perpustakaan Awam Masjid Tanah, Melaka. Penal forum terdiri daripada Yang Berbahagia Prof. Madya Dr Mizan bin Hitam, Ustaz Ariffin bin Harun, Dr Syarifah Hayati bte Syed Ismail

 

C)   Ceramah Perdana Maal Hijrah  (Parlimen Tangga Batu)

 

Ceramah Perdana sempena sambutan Maal Hijrah telah diadakan pada 5 Feb 2006 jam 8.30 malam bertempat di Padang Taman Peruna, Sg Udang Melaka.  Penal penceramah ialah Y. Bhg. Dr Syarifah Hayati Syed Ismail.

 

D)    Ceramah Perdana Maal Hijrah (Parlimen Bukit Katil)

 

Ceramah Perdana sempena Sambutan Maal Hijrah telah diadakan pada 6 Feb, 2006 jam 8.30 malam bertempat di Masjid Bukit Katil, Melaka.  Penal penceramah ialah       Y. Bhg. Dato’ Abu Hassan Din Al Hafiz.

 

E)     Ceramah Perdana (Parlimen Kota)

 

Ceramah Perdana sempena sambutan Maal Hijrah juga telah diadakan pada 13 Feb, 2006 jam 8.30 malam bertempat di Masjid Semabok, Melaka. Panel penceramah ialah Y. Bhg. Dr. Syarifah Hayati Syed Ismail.

  

F)      Ceramah Perdana (Parlimen Jasin)

       

Ceramah Perdana sempena sambutan Maal Hijrah juga telah diadakan pada 20   Feb 2006 bermula jam 8.30 malam bertempat di Dewan Perumahan Polis, Jln Melaka Jasin  Melaka. Panel penceramah ialah Ustaz Zawawi Yusof.

 

G)  Ceramah Perdana (Alor Gajah)

 

Ceramah Perdana sempena Sambutan Maal Hijrah juga telah diadakan pada 23 Feb, 2006 bermula jam 8.30 malam bertempat di Masjid Kelemak Melaka. Panel      Penceramah  jemputan ialah Dato’ Abu Hassan Din Al Hafiz.

 

Lawatan Toh Puan Isteri TYT Yang Di Pertua Negeri Melaka

 

Lawatan ini telah diadakan pada 23 Feb, 2006 jam 9.00 pagi di Sekolah Tunas Bakti,    Lereh, Melaka.

 

         

Majlis Derma Darah

 

Aktiviti derma darah adalah aktiviti lanjutan seperti tahun-tahun yang lepas. Pada tahun ini diadakan pada 10 Feb, 2006 bertempat di Ruang Legar, Kompleks Al-Azim Fasa II Melaka bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Penyumbang derma darah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, anggota perkhidmatan awam, tentera, rela serta orang awam.

 

Pertandingan Nasyid Sekolah Rendah, Syarahan Sekolah Menengah Agama dan Kuiz Sekolah Menengah Biasa Peringkat Jabatan Pendidikan Melaka.

 

Pertandingan telah diadakan diantara sekolah-sekolah rendah dan menengah di Negeri Melaka sempena sambutan Maal Hijrah 1427H/2006M pada 28 Feb, 20006 bermula jam 8.00 pagi dan bertempat di SMK (A) Syarifah Rodziah Telok Mas Melaka.

 

Khutbah Khas Maal Hijrah

 

Khutbah Khas Maal Hijrah  juga turut diedarkan kepada semua masjid Negeri Melaka untuk dibaca pada 27 Januari 2006 (Jumaat) yang bertajuk “KEUNGGULAN ILMU TERAS KEGEMILANGAN UMMAH” semasa sembahyang Jumaat.

 

Majlis Gotong Royong.

 

Majlis Gotong Royong sempena sambutan Maal Hijrah 1427 akan diadakan pada 28 Feb, 2006 bertempat di SRA Musai Bukit Baru, Melaka mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

 

Sambutan Maal Hijrah 1427H/2006M Peringkat Daerah

 

(a)   Daerah Melaka Tengah

 

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Melaka Tengah telah diadakan pada 7 Februari 2006 mulai jam 3.00 petang bertempat di Sekolah Tunas Bakti Lereh, Melaka. Antara acara yang telah berlangsung adalah penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Melaka Tengah.

 

(b)   Daerah Alor Gajah

 

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Alor Gajah telah diadakan pada hari  Jumaat 16 Februari 2006 jam 9.00 pagi di Perpustakaan Awam, Masjid Tanah Melaka. Antara pengisian yang akan diadakan ialah Forum Perdana Ehwal Islam.Ahli Panelnya terdiri daripada Yang Berbahagia Prof. Madya Dr Mizan bin Hitam, Ustaz Ariffin bin Harun, Dr Syarifah Hayati bte Syed Ismail

 

(c)   Daerah Jasin

 

Sambutan Peringkat Daerah Jasin telah diadakan pada 10 Februari 2006 bertempat   di Masjid Taman Maju Jasin, Melaka jam 8.00 malam. Antara pengisian yang diadakan seperti penerimaan tokoh Maal Hijrah peringkat daerah.

   

PENUTUP

Sambutan Maal Hijrah 1427H di Peringkat Negeri Melaka telah diadakan dengan jayanya oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Melaka dan mendapat sambutan pelbagai pihak. Selesai sahaja solat isyak berjemaah, semua hadirin termasuk VVIP/VIP dijemput ke jamuan makan malam di tempat yang telah disediakan. Peruntukan yang dibelanjakan untuk sambutan ini di anggarkan sebanyak RM 75,570.00 sahaja. Semoga sempena dengan tema sambutan tahun ini dapat meningkatkan kesedaran Islamiah dikalangan umat Islam agar menjadi manusia yang lebih bertamadun, berbekalkan ilmu yang ada  dapat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dari segi intelektual, ekonomi, pembangunan,pendidikan dan sebagainya serta menjadikan negara  Malaysia sebagai model negara Islam yang maju di seluruh dunia sepertimana yang dimatlamatkan oleh Perdana Menteri.

 

Disediakan oleh :

Nor Azreen bte Abu Bakar

Bahagian Dakwah

Jabatan Agama Islam Melaka