AKTIVITI

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI AGENSI AGAMA NEGRI MELAKA TAHUN 2011.

 

       Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Agensi Agama Negeri Melaka telah diadakan pada 23 September 2011 bertempat di Kompleks MAIM. Antara agensi agama yang terlibat ialah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Pusat Zakat Negeri Melaka (PZM). 

               Majlis turut diserikan dengan kehadiran Y.A.B  Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka. Turut hadir bersama ialah Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal  Ehwal Agama Islam, Datuk Yaakub Md.Amin, Tn. Hj. Mohd Zin bin Mansor, Pengarah JAIM dan En. Mohd Yusof Abu Bakar, Setiausaha MAIM.

          Majlis tersebut telah dihadiri kira-kira hampir 2000 tetamu yang terdiri daripada warga kerja setiap agensi dan penerima bantuan bulanan MAIM. Pelbagai juadah disediakan untuk tetamu yang hadir seperti lemang, rendang, sate, laksa, rojak, capati dan sebagainya.